This is how it once was done

you read what you want to read

Wednesday, June 30, 2010

CInta itu buta . . .

haisshhh kisah pendek tapi cukup tersentuh ! - yup cinta itu memang buta meyh

Friday, June 18, 2010

La Albiceleste ( White and Sky blue ) . . .

. . .

waka waka , this time for Africa .

Tidur bola, makan bola , berak bola semua bola – biase la FIFA WORLD CUP 2010 dah bermula la kata kan , semua sibuk dengan team- team dorang sendiri . tidak ketinggalan aku . haha penyokong kuat Argentina . setakat nie Argentina record 1 - 0 ( nigeria ) , 4 - 1 ( korea republic ), 2 - 0 ( Greece ) , 3 - 1 ( mexico ) . Tapi malang sungguh time kelayakkan untuk ke semifinal argentina kecundang di tangan jermany ( 4 - 0 ) . alahai kalah besar doe. Tapi nak wat camne adat pertandingan ade yang menang n pasti ade yg kalah . hahaha. 4 tahun lepas aku kurang layan sangat sebab time tu aku dok asrama , sibuk nak study la kononya. Kalau aku tengok pon first half je pastu bola tngok aku x tahan ngantuk snagt . mula-mula semangat “ bila nak start bola nie , bila nak start nie “ pastu bila dah start “ bila nak abes nie ngantok doe aduh “ . haha sok g sekolah mata bengkak je sume budak laki .

Kali ni pulak memang kena pada mase nye .. hahaha time aku cuti , thanks uia sangat memahami. So boleh la aku layan puas-puas kali nie. kita tngok je la sape yang menang final nanti .


yeah !!

kalah menang adat pertandingan kan ? huhu come on argentina next fifa aku nak korang menang pulak .! haha buktikan .


p/s: maradona ni sengal la die g niat awal2 nak bogel kat padang kalau menang worldcup watpe kan ALLAH dah marah x bg kasi menang . hahaha .

Sunday, May 30, 2010

Youth '10 Festival . ( PWTC )

Event ni actually 3 hari , start dari 28- 30 May 10, sangat menarik , macam2 ade artwork, books, music , fashion , gameshow, futsal & basketball tournament n bnyak lagi la, macam2 ragam orang aku jumpe , kebanyakkan nye remaja, biase lah memang event untuk remaja pon. Haha thanks to cik ain yang sudi bagi free ticket kat aku, haha kalau x leh g skali kan ? haha. Mulanya cam malas nak g for sure ramai + sesak , parking full sume tapi member aku sume nak g, aku pon ikot je la.

nak bergambar jugak yaaa - haha

Tempat yg kami tuju terus ialah stage ! hahah coz nak tngok member aku nye member perform dalam “battle of the band 3“ . sangat besh + stylo lagu dorang . yang lain ade gak tapi bnyak yang x terkenal sangat. Kalau last day ade la yuna ngan bittersweet perform on stage.


battle of the band 3




juri ? haha

Graffiti contest antara yang mendapat sambutan, ramai gak orang g kat sini, tengok hasil kerja berjam jam siapkan gambar2 yang superb beb.


spray bang oii spray laagii


suka kau eyh .

Nak balik tu sempat la singgah di kedai2 sume , tapi cuci mata je la nak beli erk duit kurang manis lorh, haha. Apa2 pon event nie ok la menarik la jugak, dari 5 bintang gua bagi 4 bintang ! yeahh . thanks to all my friends .we all have fun together !


din kau kenape huh ? haha


yeahhhh rock !

Tuesday, April 27, 2010

Ingatlah orang yang tersayang...

Setiap yang hidup pasti akan kembali kepadaNya. Takdir menentukan segalanya , ajal dan maut allah yang tentukan. Dalam gelak2 ketawaku, tiba-tiba aku teringat kenangan lame + rase sedih sangat2. Rasa sedih ni tiba-tiba je datang, terlintas difikiranku, kalau arwah ade sekarang kan boleh ajak lepak sekali, mungkin boleh gelak sama-sama macam sekarang nie. Tapi apa boleh buat, Tuhan lagi menyayangi dia. Kita yang hidup nie kene teruskan kehidupan disamping mengharapkan keredaan dan kerahmatan dari Allah yang maha esa.

Dulu aku sangat rapat dengan arwah ILYAS dan arwah SYAMIL sebab mase sekolah menengah dari form 1 sampai form 3 kitaorang memang geng, dua dua arwah pulak memang baik ngan aku. Lepak same time rehat, satu kelas, kadang2 lepak kat rumah die, ronda-ronda kat taman lagi. Time aku form 4, aku tukar sekolah g teknik kat perak, arwah pulak stay sekolah situ, so kat situ kita orang dah jarang lepak dah.

Time awal bulan puasa aku balik k.l sebab 2 hari cuti so sempat jumpa arwah SYAMIL kat masjid mase nak terawih, dah abes tu main la baling2 mercun , haha biase laa time2 cam nie baru seronok main mercun.Tapi lagi 2 minggu nak raya, aku dapat call dari ibuku semase kat teknik cakap arwah kemalangan arwah SYAMIL meninggal kat tempat kejadian sebab cedera parah kat kepala, dada , badan. Arwah ILYAS pulak meninggal time tunggu ambulance. Betape tersentapnye aku time dengar berita sedih ni, hilang 2 kawan sekali gus, tak terkata. . kalau toreh tangan guna pisau pon tak terkeluar darah kot. Arwah accident motosikal yang dorang naik sekali ni berlanggar dengan kereta yang buat pusingan U secara mengejut.Takdir menentu segalanya, sebak aku melihat dalam paper dan berita tv3 pasal berita sedih nie. Semua dah ready persiapan untuk raya. Susah keluarga arwah berdua nak terima tiba2 je kehilangan orang tersayang dalam orang lain sibuk dengan suasana hari raya yang bakal nak menjelma beberape je hari lagi.

Family aku selalu berpesan bawak moto ke kereta ke hati2, so kat sini untuk korang2 semua, hati2 dijalan raya okeyh ingat la orang yang tersayang, ini bukan iklan berbayar ke ape tapi satu peringatan untuk diri ini dan anda semua. salam . . .


Arwah SYAMIL

Monday, April 26, 2010

IIUM Ummatic Week 2010

Bermula 1 hingga 4 march 2010 yang lepas Universiti Islam Antarabangsa Malaysia telah mengadakan minggu " Ummah " yang bertemakan 'Satu Umat: Sejahtera Menuju Masa Depan' dalam english nya "One Ummah: Towards a Prosperous Future' . Program ini melibatkan pelajar dari 36 buah negara yang berbeza.

Bertempatkan di dewan utama uia di CAC, program Ummatic ini melibatkan pameran termasuk makanan dan persembahan kebudayaan mahasiswa dari pelbagai negara. Mereka melakukan tarian dengan memakai pakaian tradisional dorang sendiri yang memang colorful. hijau , kuning , merah sume ade . Yang menariknya dorang nie semua peramah + semangat nak cerita pasal asal usul , makanan, pakaian , tarian, n bahasa dorang semua. Bagi budak2 malaysia dorang pon amik port gak dalam program ni, dengan bertemakan konsep 1 malaysia lagi. Tarian pulak dorang bawak "tarian zapin". Kalau tak salah aku menang dapat no 2 tu, kira hebat la dari 36 buah negara.

Tujuan program ni pulak, aku rase la untuk mengeratkan lagi semangat persaudaraan antara sesama warga uia . Warna kulit pulak tidak menjadi penghalang untuk mereka berjaya di negara orang lain seiring dengan memegang teguh misi dan visi universiti iaitu integrasi, islamisasi, pengantarabangsaan, dan keunggulan yang menyeluruh. haha hebat tak BM aku ? - ceh tengok lecturer la . hehe

Apa2 pon aku sempat mengambil gambar dengan mereka semua sebagai kenangan . eh bukan senang nak tengok foreigner sume nie berpakaian camni tau , selalunya kat kelas bergaya je dorang semua. Seluar ZARA , baju PADINI x pon ARMANI , BLACKBERRY n I PHONE lagi tu kat tangan . Fuh! bergaya : mutu : keunggulan .


negara Bosnia ni kalau x silap

mereka peramah cuma bangsa kita je yang segan nak speaking , haha


karibu ? aku x pernah tau wujud negara nie, macam kari + ibu = karibu




mereka ini dari indonesia . "bawang putih bawang merah " - hahaha , yang baju putih tu macam nashriq la pulak aku tengok.


suka plak yang belakang tuh

rumah ala2 arabic beb - macam kat castle ade sisha kat sebelah hahaha

peace pak arab - name die sultan classmate aku nie, pandai + peramah orangnya.

haha kami orang Myanmar . haha why so "kudu " ?


sebenarnya bnyak lagi gambar2 yang menarik yang aku amik masa program ni, tapi x larat nak upload semua, cukup la sekadar ini sahaja okeyh, apa2 pon memang besh program ni, banyak gak negara yang baru aku tau " oh , ade negara nie dalam dunia, haha" -dalam hati aku nak gak cari yang dari Zimbabwe x de ke, huhu kepada yang membaca thanks yaaa . = )

Sunday, April 25, 2010

belajar lah wahai anakku . . .

Dan renung-renungkanlah ,


" Dalam hati ibu berkata: pergilah anakku, pergilah belajar bersungguh-sungguh , jangan kau hanyut dan lemas dalam kebebasan yang ibu berikan , ibu tidak hantar kamu kesana melainkan ibu percaya kepada kamu wahai anakku ...."

" Dalam jiwa ayah pula berbisik: anakku, ayah lepaskan kamu dengan sejuta doa moga kamu tidak pernah lupa dan alpa nama yang kamu junjung ini. Hati kecil ini penuh berharap agar kamu pulang membawa kejayaan . wahai anakku selamat berjuang ! .... "

Kenangilah mereka dalam apa jua keadaan sekali pon dalam setiap yang akan kita lakukan.
Belajarlah dengan tekun dalam masa yang ada ini dan ingat lah bahawa nabi bersabda , "Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu melainkan dia tidak mengubahnya sendiri".

semoga kita sentiasa dibawah rahmatNya.
belajar la bersungguh-sungguh demi masa depan anda .


-tersentap aku membaca message yang dihantar oleh kawan aku ni. apa2 pon harap2 kita semua berjaya dlam hidup. Untuk kawan2 ku di UIA selamat maju jaya . = )

IIUM SMAC 09

Huhu aku tau main ragbi tapi masalah nye saiz badan aku yg kecik molek ni .. haha tapi aku main gak la untuk course aku sebab dah x de orang. Position aku sebagai pemain line. aku try outside sebab slalunye bahagian nie sume kecik2 sebab nak lari laju la kan. So ini tak jadi masalah ngan aku . tngok budak course lain sume macam hebat2 belaka, siap ade pemain negeri lagi!. Wah mampos team aku nie. Haha. Bak kate member aku main je la just for fun! ( dalam ati aku kepala otak kau for fun kalau patah tulang aku for fun gak ke?) main je la mudah-mudahan allah melindungi aku.

semua tengah bersiap2 nak main - aku je terkedek2 baru nak pakai baju .


Team kami dengan bangga nya bermain diatas padang di matrix uia nie. Satu pertandingan yang hebat tapi nasib tidak menyebelahi kami, sebab kalah beberape try sahaja di pusingan kumpulan. Apa2 pon terima kasih kepada yang menyokong dan bermain ngan penuh semangat untuk pasukan oren. hahaha


Pasukan oren – course aku suke sangat kaler oren apasal huh?

"Urbanscapes 2009"

KLPAC (the kuala lumpur performing artis centre ) Jalan Strachan sentul park .

Gambar ini masuk paper THE STAR ok, tapi lupa tarikh bile . Tapi aku x nampak laa kecik sangat kot, haha

Event ni dah lame tahun lepas bulan 6, tengah tngok album lame2 skali ternampak picture2 time kat urbanscape nie, so aku upload sebab aku rasa ianya besh. Haha. Event nie lebih kepada art, music dan culture sebab yang datang sini bukan budak2 hingusan cam kat gig2 yang korang slalu tengok. Sini tempatnya sangat terkawal. Mulanya aku cam malas nak join sebab aku kureng siket gig2 nie, biase la dah bersara orang katakan tapi disebabkan kawan2 dah planning lame nak g, pastu artis yang datang sini pon gempak2 , aku pon ikot dorang. So bergerak kami awal pagi ke event ini, di sentul . mulanya sesat siket sebab sume cam tak biase je kat sentul nie. Tapi sebab ade van yg disediakan , kami tiba dengan selamatnye ! haha

Time kami sampai tu, kami melihat + meninjau keadaan sekeliling kami, orang memang ramai sume yg datang hot2 nak mampos, biase la event besar kan vip pon ade gak, orang putih, orang cekelat, orang itam ( oopsss tiada maksud untuk mengejek ok ) semua bergaya abes. Bagi photographer2 yang professional pula dorang tidak melepaskan peluang untuk amik gambar2 . sana camera besar sini camera besar, fuh! tergugat iman aku tngok yang besar2 nie , (ehem2 besar2 tu camera yaaa bukan benda lain ).



Ade gak member2 aku yang tidak melepaskan peluang untuk g bundle yang bukak kat sini, dapat la gak dorang barang rare yang diminati. Dari jauh aku Nampak wahhhh Dirty – clothing (DT) kat kedai dorang. Ape lagi membeli la aku t-shirt2 dorang. Hahaha support our local clothing .

Tapi yang saketnya kat sini makanan + minum, ya allah mahal nye air coke rm 4 setin , nak makan pulak erkkk rela jalan kaki sket g mamak kat tepi jalan boleh dapat harge double makan tengahari okeh.. Tapi sape tahan beb dah la tengah panas , terpaksala beli walaupun mahal , kira2 balik untuk air je aku beli dah 4 tin coke. 4 x 4 = 16. Hehe unutk air sahaja. cis


nikmat nye bile dapat coke, brrrrrrrrrrrr!

Time band2 yang aku minat, aku x melepaskan peluang nutuk bergambar ngan dorang . haha ingat senang ke nak bergambar lepas perform. Dorang pon penat gak tapi sebab peminatnye pasal x de hal lahh kate dorang.

Bersama NAZA the times yang berbaju biru itu.


Gadisku dalam koma, serius kah keadaannya – hahaha mane aku ? oh lupa aku yg tangkap!


Yuna beb. Hahaha oh bulan , kan melayan diriku lagi lalalalalalalalala


bersama uno


Yuna peace siket – haha cayalah


Antara band2 yang perform dengan begitu semangat sekali hari tu ialah the time, 40 wink, yuna, killer calculatuer , pure vibration pastu ade bnyak lagi band lain . ( x ingat semua)

Aku amik gambar je – hehe


Band – band local yang gempak beb !

cayalah korang , x rugi duit aku tengok korang perform !

time nak balik tu kami jumpa "mereka" . konon2 nye Joyah sister yang terkenal sangat kat youtube tu, nak jugak la bergambar.

Din : " ehem2 ini joyah sister kan? "
Awek baju putih : " erk joyah sister ? silap orang la"
Din : "oppps , sori "
Awek baju putih : " xpe , xpe "

nasib la ade afie menyelamatkan keadaan

Afie: " bukan eyh ? adoi bukan joyah sister la din, tapi nak amik gambar boleh kan? "
awek baju itam : "sure, sure "


aku kat belakang dah gelak2 besar dah, pandai2 kau je joyah sister din . haha


Joyah sister celop - hehehe

dari jauh macam kenal beliau, tapi macam bukan, sekali lagi tengok,
betol laa yang ini aku sure aku kenal. Kali ni x jadi macam kes joyah sister okeyh .


Bro kitaorang nak berlakon boleh ? “ hurmm aku rase kauorang semua ada bakat , macam nie la nanti malam aku mcall ko , nanti ko tipon aku balik ok ? – haha lupa nak kasi no phone . cis .



Malam tu kami overnight kat McD kat titiwangsa , semua dah kepenatan macam baru lepas merentas desa je muka sorang2 . lepak ngan member aten yang konon nya hot2. tapi memang hot pon . hahaha betol x encik afie ? - yang sangat aktif malam itu . hehe

smile = )

Apa2 pon aku rase sangat berpuas hati dengan event ini, tahun ade lagi tapi insyallah kalau ade rezeki + masyuk siket boleh la pergi. Kalau x kirim salam je laaa jawabnye ok. =P


Defense Of The Ancients ? haha ape lagi DOTA la.

Haha mungkin bagi budak perempuan bile sebut dota je, dorang akan cakap heh menatang ape nie? Sejenis haiwan hidup dua alam yang tinggal kat Amazon ke ? atau name brand nail polishers ? tapi bile cakap kat budak laki jer, Wei mat berDota x ? laju je dorang jommmm laaa sepam dua . hahaha

Untuk pengetahuan semua, dota adalah game yang menjadi trend budak2 masa kini, eh budak je ke? tak jugak ade je pakcik2 main hahaha, ok x hairan la kalau korang g cyber café ke korang tngok dorang sume tengah menjerit2 main game nie. Tak kira la kaum Cina , india, melayu, ke sume main dengan happy (dah macam naungan 1 malaysia pulak) haha.

Aku mula kenal game nie dah lame, mase form 4 tapi bila aku main je mati, main je mati, pastu nak tekan ape nie, nak beli ape nie, nak cari gold kat mane pon x tahu. Last2 aku tutup main PES ( Pro Evolution Soccer , x pon main CS ( counter strike ) itu lagi bes (gaya adib cakap).

Dah lame aku tinggal game nie tapi bila aku masuk matrix uia, roommate aku main game nie, aku pon duduk kat katil die tngok die main, tap tap tap beli barang tap tap tap naik skill nie, tap tap tap first bloodddddd ! wah terror nye . tngok lagi tap tap tap damnnnn ! die plak mati.

Aku pon tnye besh ke main menatang nie. Die cakap besh, pastu die ajar aku sket2. Aku pon amik game nie then try main kat lappy aku. Sehari dua pastu lame2 aku dah reti wahhhhh. Hebat siot aku ( padahal main lawan computer easy plak tu ) haha tapi ok la budak baru blaja main. Sejak dari tu aku mula main sampai sekarang . tapi still tak la hebat sebab game nie pasti akan ade orang yang hebat lagi dikalangan yang hebat haha.

Hero yang aku suka pakai ialah jeng jeng jeng ……………….. troll warlord ! sangat suka sebab kadang2 die akan cakap “ayie handsome” hahaha time tengah lawan . lagi la semangat aku nak main. Haha poyo kan? Biar arrr! Hahah

Jah'rakal si troll warlord

kacak bergaya pegang kapak , rambut punk tu beb , hehe


ini pulak item-item yang patut dibeli la untuk hero ni

Sure korang pro meyh. Kalau kat garena nie cina2 sume dah takot ngan korang ! Guna skill no 1 pastu tekan lotar + ulti sure mati la dorang , hahaha selamat mencuba!

Tapi game ini membunuh sebenarnya, macam lecturer physic aku cakap die pon main tapi biar ade hadnye. Die nasihatkan kitaorang nak main x salah sebab game ni mamang besh , tapi kene beringat sebab ade member die dulu dah last year kat uia main game nie sangat sampai lewat pagi , esok ade class nie tapi nak gak main konon2 boleh bangun awal la kan. Tap tap x bangun class x pergi kena barred exam x amik, pastu fail, bile fail pointer x cukup, zussss kene buang uia. Kan dah susah. Sape rugi? Sape nak di salah kan? Dota nie? Eyyy sendiri mau ingat laaaaa. Kalau game nie boleh cakap die ckap ape

“ haaa padam muka kau main lagi , main laaa” . - macam mak minah dalam cerita kat tv3 dulu haha.

Apa2 pon moga2 kita semua dapat rahmat dari Allah. Untuk kawan2 ku di UIA , korang bila nak berdota ? haha pas berdota kita study sama2 yaaaa, dota2 gak , study2 gak okeyh! . = )

the beginner . . .

yup, aku memang beginner dalam bidang photography , sebab bakat atau skill tak diasah dari kecil, cewah, tapi boleh la belajar punya belajar, dapat gak la teknik yang betol. apa pon thanks kepada kawan2 yang bnyak tolong, termasuk yang tolong tengok n tolong bebel . hehe


plants collection


people and action collection


good things collection


insyallah kalau ade rezeki boleh upgrade lens and body , haha skang tengah tanam anggur kat farmville nanti dah kaya boleh beli lens baru k, jangan kata lens, model2 hot2 pon aku boleh beli hehe.

Photographer, I’m so into you.


Haha, minat aku dalam dslr nie mula time aku kat matrikulasi uia, mase nie aku tengok antara member terawal aku pakai dslr ialah encik nopal, pastu encik syafiq majid , first aku tngok menatang nie , wah beso nye camera , kat rumah aku kecik2 je ( camera digital) . pastu aku tngok dorang amik gambar ngan gaya yg tersendiri terterap, melintang, mencangkung pon ade ala2 fad manaf ngan e kamil gituh, hahaha. Bile tngok hasil yg dorang amik tu , gambar die fuh! Lawa beb.Dari sini aku cam berminat sangat nak pakai. Tapi bile tnye dorang harge berape ? Glurpppp! (bunyi telan air liur ) haha tak terkate beb. Mau 2 bulan gaji aku kerja 7e dulu.

Haha alhamdunillah kumpul punye kumpul dapat gak aku beli Nikon D60 berlens kan standard 18 - 55 mm nie, boleh laa untuk orang yg baru nak mula macam aku nie. Tapi yang aku panasnye gambar aku amik tak lawa cam dorang, Nampak sangat aku perlukan sifu2 untuk mengajar aku , “tunjuk ajarku sifu” ( lagi tema mentor sekejap) . haha ade la siket2 hasil kerja aku kat dalam flickr. http://www.flickr.com/photos/chekgu_ayie/

Tapi sekarang nie bile dah masuk uia Gombak, dah jarang aku pegang dah, dulu ibarat syg bini hari2 cuci camera. Hahaha. Sekarang nie asik cuci otak je, exam, assignment , project , quiz, lagi adoi bersepah sepah . tapi apa boleh buat hidup sebagai pelajar, kena lah diterus kan demi mencapai cita-cita! ( baca dengan penuh semangat okeyh yg bold tu ). Ape2 pon nanti aku nak mula balik amik gambar terbaru ngan rakan2 camera aku, haha encik din, haziq, syafiq korang bile nak photo shoot beb ? model aku dah ade jabaa n adib ni si hot stuff . hahaha

Sifu aku bersama model2 nya . hehe

Encik syafiq majid


cik ape ntah name die


Blog , blog , blog ? ada apa dengan blog ?

Cam mane nak mula yaa? Ok blog , kebnyakkan budak2 skang nie ramai yang suka buat blog. tak kira la lelaki ke perempuan ke same je . Maybe dulu bnyak kaum hawa je suka buat konon nye nak luah perasaan kat sini , cewah. Tapi sekarang laki pon ade je buat. Chill sudah! hahaha

Ada yang buat sebab duit , ade yang saje suka2, ade gak yg die rase eh sume dah ade blog, macam aku sorang je dalam dunia nie yang tak de blog, ketinggalan aku nie. Haha tak kisah la apa orang nak cakap. Tapi bagi aku, aku buat blog nie sebab aku nak kongsi ape yang aku rase best dikongsi dengan korang semua. Eh yg best je ? yang tak best nak campak mane? Eh sukati aku la aku nye blog kan hahaha.

Hari ini bermulalah kewujudan blog aku secara rasminya.
Kepada yg membaca , teruskan membaca ye.
Oh ya ! thanks to cik ain, sebab tolong ajar cara nak buat, hahahhahaha.