This is how it once was done

you read what you want to read

Wednesday, June 30, 2010

CInta itu buta . . .

haisshhh kisah pendek tapi cukup tersentuh ! - yup cinta itu memang buta meyh

Friday, June 18, 2010

La Albiceleste ( White and Sky blue ) . . .

. . .

waka waka , this time for Africa .

Tidur bola, makan bola , berak bola semua bola – biase la FIFA WORLD CUP 2010 dah bermula la kata kan , semua sibuk dengan team- team dorang sendiri . tidak ketinggalan aku . haha penyokong kuat Argentina . setakat nie Argentina record 1 - 0 ( nigeria ) , 4 - 1 ( korea republic ), 2 - 0 ( Greece ) , 3 - 1 ( mexico ) . Tapi malang sungguh time kelayakkan untuk ke semifinal argentina kecundang di tangan jermany ( 4 - 0 ) . alahai kalah besar doe. Tapi nak wat camne adat pertandingan ade yang menang n pasti ade yg kalah . hahaha. 4 tahun lepas aku kurang layan sangat sebab time tu aku dok asrama , sibuk nak study la kononya. Kalau aku tengok pon first half je pastu bola tngok aku x tahan ngantuk snagt . mula-mula semangat “ bila nak start bola nie , bila nak start nie “ pastu bila dah start “ bila nak abes nie ngantok doe aduh “ . haha sok g sekolah mata bengkak je sume budak laki .

Kali ni pulak memang kena pada mase nye .. hahaha time aku cuti , thanks uia sangat memahami. So boleh la aku layan puas-puas kali nie. kita tngok je la sape yang menang final nanti .


yeah !!

kalah menang adat pertandingan kan ? huhu come on argentina next fifa aku nak korang menang pulak .! haha buktikan .


p/s: maradona ni sengal la die g niat awal2 nak bogel kat padang kalau menang worldcup watpe kan ALLAH dah marah x bg kasi menang . hahaha .

Sunday, May 30, 2010

Youth '10 Festival . ( PWTC )

Event ni actually 3 hari , start dari 28- 30 May 10, sangat menarik , macam2 ade artwork, books, music , fashion , gameshow, futsal & basketball tournament n bnyak lagi la, macam2 ragam orang aku jumpe , kebanyakkan nye remaja, biase lah memang event untuk remaja pon. Haha thanks to cik ain yang sudi bagi free ticket kat aku, haha kalau x leh g skali kan ? haha. Mulanya cam malas nak g for sure ramai + sesak , parking full sume tapi member aku sume nak g, aku pon ikot je la.

nak bergambar jugak yaaa - haha

Tempat yg kami tuju terus ialah stage ! hahah coz nak tngok member aku nye member perform dalam “battle of the band 3“ . sangat besh + stylo lagu dorang . yang lain ade gak tapi bnyak yang x terkenal sangat. Kalau last day ade la yuna ngan bittersweet perform on stage.


battle of the band 3




juri ? haha

Graffiti contest antara yang mendapat sambutan, ramai gak orang g kat sini, tengok hasil kerja berjam jam siapkan gambar2 yang superb beb.


spray bang oii spray laagii


suka kau eyh .

Nak balik tu sempat la singgah di kedai2 sume , tapi cuci mata je la nak beli erk duit kurang manis lorh, haha. Apa2 pon event nie ok la menarik la jugak, dari 5 bintang gua bagi 4 bintang ! yeahh . thanks to all my friends .we all have fun together !


din kau kenape huh ? haha


yeahhhh rock !

Tuesday, April 27, 2010

Ingatlah orang yang tersayang...

Setiap yang hidup pasti akan kembali kepadaNya. Takdir menentukan segalanya , ajal dan maut allah yang tentukan. Dalam gelak2 ketawaku, tiba-tiba aku teringat kenangan lame + rase sedih sangat2. Rasa sedih ni tiba-tiba je datang, terlintas difikiranku, kalau arwah ade sekarang kan boleh ajak lepak sekali, mungkin boleh gelak sama-sama macam sekarang nie. Tapi apa boleh buat, Tuhan lagi menyayangi dia. Kita yang hidup nie kene teruskan kehidupan disamping mengharapkan keredaan dan kerahmatan dari Allah yang maha esa.

Dulu aku sangat rapat dengan arwah ILYAS dan arwah SYAMIL sebab mase sekolah menengah dari form 1 sampai form 3 kitaorang memang geng, dua dua arwah pulak memang baik ngan aku. Lepak same time rehat, satu kelas, kadang2 lepak kat rumah die, ronda-ronda kat taman lagi. Time aku form 4, aku tukar sekolah g teknik kat perak, arwah pulak stay sekolah situ, so kat situ kita orang dah jarang lepak dah.

Time awal bulan puasa aku balik k.l sebab 2 hari cuti so sempat jumpa arwah SYAMIL kat masjid mase nak terawih, dah abes tu main la baling2 mercun , haha biase laa time2 cam nie baru seronok main mercun.Tapi lagi 2 minggu nak raya, aku dapat call dari ibuku semase kat teknik cakap arwah kemalangan arwah SYAMIL meninggal kat tempat kejadian sebab cedera parah kat kepala, dada , badan. Arwah ILYAS pulak meninggal time tunggu ambulance. Betape tersentapnye aku time dengar berita sedih ni, hilang 2 kawan sekali gus, tak terkata. . kalau toreh tangan guna pisau pon tak terkeluar darah kot. Arwah accident motosikal yang dorang naik sekali ni berlanggar dengan kereta yang buat pusingan U secara mengejut.Takdir menentu segalanya, sebak aku melihat dalam paper dan berita tv3 pasal berita sedih nie. Semua dah ready persiapan untuk raya. Susah keluarga arwah berdua nak terima tiba2 je kehilangan orang tersayang dalam orang lain sibuk dengan suasana hari raya yang bakal nak menjelma beberape je hari lagi.

Family aku selalu berpesan bawak moto ke kereta ke hati2, so kat sini untuk korang2 semua, hati2 dijalan raya okeyh ingat la orang yang tersayang, ini bukan iklan berbayar ke ape tapi satu peringatan untuk diri ini dan anda semua. salam . . .


Arwah SYAMIL

Monday, April 26, 2010

IIUM Ummatic Week 2010

Bermula 1 hingga 4 march 2010 yang lepas Universiti Islam Antarabangsa Malaysia telah mengadakan minggu " Ummah " yang bertemakan 'Satu Umat: Sejahtera Menuju Masa Depan' dalam english nya "One Ummah: Towards a Prosperous Future' . Program ini melibatkan pelajar dari 36 buah negara yang berbeza.

Bertempatkan di dewan utama uia di CAC, program Ummatic ini melibatkan pameran termasuk makanan dan persembahan kebudayaan mahasiswa dari pelbagai negara. Mereka melakukan tarian dengan memakai pakaian tradisional dorang sendiri yang memang colorful. hijau , kuning , merah sume ade . Yang menariknya dorang nie semua peramah + semangat nak cerita pasal asal usul , makanan, pakaian , tarian, n bahasa dorang semua. Bagi budak2 malaysia dorang pon amik port gak dalam program ni, dengan bertemakan konsep 1 malaysia lagi. Tarian pulak dorang bawak "tarian zapin". Kalau tak salah aku menang dapat no 2 tu, kira hebat la dari 36 buah negara.

Tujuan program ni pulak, aku rase la untuk mengeratkan lagi semangat persaudaraan antara sesama warga uia . Warna kulit pulak tidak menjadi penghalang untuk mereka berjaya di negara orang lain seiring dengan memegang teguh misi dan visi universiti iaitu integrasi, islamisasi, pengantarabangsaan, dan keunggulan yang menyeluruh. haha hebat tak BM aku ? - ceh tengok lecturer la . hehe

Apa2 pon aku sempat mengambil gambar dengan mereka semua sebagai kenangan . eh bukan senang nak tengok foreigner sume nie berpakaian camni tau , selalunya kat kelas bergaya je dorang semua. Seluar ZARA , baju PADINI x pon ARMANI , BLACKBERRY n I PHONE lagi tu kat tangan . Fuh! bergaya : mutu : keunggulan .


negara Bosnia ni kalau x silap

mereka peramah cuma bangsa kita je yang segan nak speaking , haha


karibu ? aku x pernah tau wujud negara nie, macam kari + ibu = karibu




mereka ini dari indonesia . "bawang putih bawang merah " - hahaha , yang baju putih tu macam nashriq la pulak aku tengok.


suka plak yang belakang tuh

rumah ala2 arabic beb - macam kat castle ade sisha kat sebelah hahaha

peace pak arab - name die sultan classmate aku nie, pandai + peramah orangnya.

haha kami orang Myanmar . haha why so "kudu " ?


sebenarnya bnyak lagi gambar2 yang menarik yang aku amik masa program ni, tapi x larat nak upload semua, cukup la sekadar ini sahaja okeyh, apa2 pon memang besh program ni, banyak gak negara yang baru aku tau " oh , ade negara nie dalam dunia, haha" -dalam hati aku nak gak cari yang dari Zimbabwe x de ke, huhu kepada yang membaca thanks yaaa . = )

Sunday, April 25, 2010

belajar lah wahai anakku . . .

Dan renung-renungkanlah ,


" Dalam hati ibu berkata: pergilah anakku, pergilah belajar bersungguh-sungguh , jangan kau hanyut dan lemas dalam kebebasan yang ibu berikan , ibu tidak hantar kamu kesana melainkan ibu percaya kepada kamu wahai anakku ...."

" Dalam jiwa ayah pula berbisik: anakku, ayah lepaskan kamu dengan sejuta doa moga kamu tidak pernah lupa dan alpa nama yang kamu junjung ini. Hati kecil ini penuh berharap agar kamu pulang membawa kejayaan . wahai anakku selamat berjuang ! .... "

Kenangilah mereka dalam apa jua keadaan sekali pon dalam setiap yang akan kita lakukan.
Belajarlah dengan tekun dalam masa yang ada ini dan ingat lah bahawa nabi bersabda , "Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu melainkan dia tidak mengubahnya sendiri".

semoga kita sentiasa dibawah rahmatNya.
belajar la bersungguh-sungguh demi masa depan anda .


-tersentap aku membaca message yang dihantar oleh kawan aku ni. apa2 pon harap2 kita semua berjaya dlam hidup. Untuk kawan2 ku di UIA selamat maju jaya . = )

IIUM SMAC 09

Huhu aku tau main ragbi tapi masalah nye saiz badan aku yg kecik molek ni .. haha tapi aku main gak la untuk course aku sebab dah x de orang. Position aku sebagai pemain line. aku try outside sebab slalunye bahagian nie sume kecik2 sebab nak lari laju la kan. So ini tak jadi masalah ngan aku . tngok budak course lain sume macam hebat2 belaka, siap ade pemain negeri lagi!. Wah mampos team aku nie. Haha. Bak kate member aku main je la just for fun! ( dalam ati aku kepala otak kau for fun kalau patah tulang aku for fun gak ke?) main je la mudah-mudahan allah melindungi aku.

semua tengah bersiap2 nak main - aku je terkedek2 baru nak pakai baju .


Team kami dengan bangga nya bermain diatas padang di matrix uia nie. Satu pertandingan yang hebat tapi nasib tidak menyebelahi kami, sebab kalah beberape try sahaja di pusingan kumpulan. Apa2 pon terima kasih kepada yang menyokong dan bermain ngan penuh semangat untuk pasukan oren. hahaha


Pasukan oren – course aku suke sangat kaler oren apasal huh?